Top Menu

dipenjara 5 tahun kerana mempromosikan laman web Al-Qaeda














Seorang lelaki Syria yang tinggal di German pada hari Khamis ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara, setelah ia didakwa mempromosikan website Al Qaidah dan website kumpulan yang dianggap pengganas lain di internet.
Pihak berkuasa berkeyakinan, bahawa lelaki bernama Hussam S memainkan peranan penting dalam propaganda kumpulan 'ekstremis' Islam menggunakan website dengan bahasa German.
Mahkamah Tinggi di bandar Koblenz menjatuhkan hukuman penjara lima tahun, kerana Hussam dituduh bersalah atas 44 tuduhan penerbitan propaganda dalam talian untuk kumpulan 'pengganas' asing seperti Al Qaeda.
Hussam merupakan lelaki kelahiran Syria dan tinggal di German sejak 1990. Baru-baru ini ia didaftarkan sebagai mahasiswa di sebuah universiti German, padahal ia telah ditangkap polis sejak Julai 2010 dan sejak itu menjalani proses perbicaraan. Peguam Persekutuan German sendiri menuntut hukuman limatahun setengah.
Menurut dakwaan terhadap Hussam S, dia adalah salah satu yang dianggap bertanggung jawab atas 'propaganda jihad di internet dalam bahasa Jerman'. Peguam merekodkan, terutamanya Hussam dipercayai telah memposting video seorang warga Amerika yang dipenggal Al Qaidah di website.
Dalam mesej yang ditulis Hussam di internet, ia menyatakan bahawa Muslim harus menginfakkan wang atau menyertai jihad sebagai syahid bagi Al Qaeda, Islamic Jihad Union dan Gerakan Islam Uzbekistan.Peguam mendakwa Hussam sebagai "pendekar Media" atas peranannya selama ini.
Website yang dikendalikan Hussam S tersebut saat ini dikhabarkan telah ditutup setelah penangkapannya pada julai 2010 lalu.

sumber