Top Menu

objek seberat 200kg jatuh dari langit rusia


Sebuah benda misteri yang dianggarkan mempunyai berat 200 kg ini jatuh di hutan terpencil dari langit Rusia. 
Pakar angkasa Rusia sedang meneliti sebuah benda misteri yang disebut media tempatan sebagai 'potongan UFO'. Apakah benda logam yang jatuh di Siberia itu berkaitan makhluk asing alias alien?
Pecahan yang cembung di salah satu hujungnya, jatuh di sebuah hutan terpencil di Desa Otradnensky, sekitar 2000 batu dari Moscow, akhir tahun lalu. Penduduk tempatan yakin benda metal setinggi 2 meter ini jatuh dari langit. Pemeriksaan awal, ahli yakin pecahan yang mirip tempat sampah besar itu bukan potongan roket atau peluru berpandu.
Badan Angkasa Rusia, Roscosmos menyatakan benda tersebut tidak berkaitan dengan teknologi angkasa lepas. "Kesimpulan akan kami berikan setelah ada kajian menyeluruh terhadap objek tersebut," demikian keluaran Roscosmos, seperti dikutip Dailymail. Klik pautan ini untuk melihat bentuk potongan misteri itu.
Polis tempatan kini mengamankan benda seberat 200 kilogram itu dari tetamu yang penasaran. Penduduk juga yakin mendengar suara aneh dari dalam hutan, Disember lalu. Tapi penemu baru melaporkan benda-benda ini kepada polis tempatan. Minggu lalu. Polis pun meneruskan penemuan ini ke Moscow.
Yuri Bornyakov, Kepala SAR Daerah Kuibyshevski, wilayah Novosibirsk berkata, "Kami mengukur tahap radiasi di sekitar objek dan di dalam objek. "Kami tidak mencari radiasi."
Teori awal yang menyebut benda-benda ini sebahagian daripada roket atau satelit yang dilancarkan dari Kazakhstan, sudah dibantah.
Ketua Jabatan Pertahanan Awam dan Keadaan Kecemasan Kuibyshevski, Valery Vasiliev, mengatakan potongan ini dibuat dari titanium super kuat.
Seorang pegawai polis mengatakan benda tersebut kini di bawah kuasa badan angkasa Rusia untuk kajian lebih lanjut. "Anda boleh melihat ke dalam, semua terbuka. Kami diperintah untuk membawa dan menyimpan benda tersebut sehingga kami bawa kemari, "kata Sergei Sulein. (Umi) sumber: vivanews