Top Menu

berita baik untuk pengusaha dan pemandu teksi


Kerajaan akan mengumumkan berita baik kepada 40,000 pengusaha dan pemandu teksi seluruh negara dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, berita baik itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha membantu pengusaha dan pemandu teksi untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan meringankan beban golongan berkenaan. Katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat dengan memastikan tiada satupun lapisan yang tertinggal daripada menikmati bantuan yang diberikan.
"Berita baik itu hanya akan diumumkan Perdana Menteri dalam masa terdekat dan kita jangkakan ia mampu mengurangkan beban lebih 40,000 pengusaha dan pemandu teksi seluruh negera," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam majlis perjumpaan dan sarapan pagi bersama kira-kira 2,000 peniaga kecil dan pemandu teksi negeri kedah di sini, pagi tadi.

Terdahulu, Muhyiddin juga mengumumkan peruntukan RM120,000 kepada 12 persatuan pemandu teksi seluruh kedah manakala, RM120,000 lagi kepada 12 cawangan persatuan peniaga kecil kedah.
sumber