Allah S.W.T telah mencipta setiap kejadian itu penuh dengan kuasaNya dan rahsia yang tidak mampu dirungkaikan keajaiban Yang Maha Esa oleh manusia biasa seperti kita.
Seperti mana dalam firman yang tercatit dalam surah Al-Baqarah, setiap pelusuk di atas langit dan bumi itu, Allah S.W. telah memberikan setiap kenikmatan hidup pada segala hidupan.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar dilaut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal” – Al-Baqarah; 164.
Dalam satu dokumentari yang ditayangkan dalam stesen televisyen CNN juga pernah memaparkan tentang kekuasan Allah di mana sekuntum bunga yang kuncup mekar berkembang saat azan bergema. Subhanallah!
Keajaiban itu ternyata telah mendapat liputan meluas dari ramai pihak media di Azebaijan, Turki ketika itu hingga tidak mampu menyangkal kuasa Illahi yang menetapkan setiap keunikan hidupan di muka bumi ini.
Malah, tanda kekuasaan dan keajaiban itu bukan sahaja untuk dinikmati oleh manusia, Allah juga telah menetapkan setipa manusia itu untuk sentiasa berfikir tentang keEsaan kuasa Allah dan bersyukur dengan kurniaanNya.
“Kemudian akan kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenara” – Al-Fusilat; 41.
Oleh: NAIMAH SHAARI