RIYADH – Seorang budak lelaki berumur empat tahun di selatan Jizan, Arab Saudi, bertindak menembak bapanya selepas permintaannya untuk mendapatkan set permainan vidoe PlayStation tidak dipenuhi, semalam.
Menurut polis, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena tembakan.
Difahamkan, kejadian berlaku di rumah mangsa selepas dia menanggalkan senjata api daripada pakaiannya sebelum anak lelakinya mencapai dan menembak dari jarak dekat.