Top Menu

kerajaan benarkan perhimpunan bersih 3.0


Kerajaan hari ini membenarkan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan - tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.
Perhimpunan dengan tema “Duduk Bantah” itu akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.