Top Menu

kesan diet ibu mengandung kepada anak


Wanita yang cuba mengurangkan berat badan diminta lebih berhati-hati kerana tindakan itu boleh memberi kesan negatif kepada anak jika mereka didapati mengandung.

Satu kajian oleh saintis dari Universiti Manchester mencadangkan, anak tersebut mungkin menjadi obes atau menghidap diabetes selepas mereka besar nanti.

Menurut saintis yang menjalankan kajian ke atas kambing biri-biri, haiwan induk itu yang diberikan makanan tidak cukup ketika mengandung boleh menyebabkan perubahan genetik pada otak anak kambing biri-biri yang masih belum dilahirkan.

Mereka mengesyaki keadaan sama juga akan berlaku kepada manusia dan ia menerangkan mengapa anak kembar dilihat menghidap diabetes Jenis 2 apabila dewasa. Kajian itu mengkaji kambing biri-biri yang hamil anak kembar dan kurang menerima bekalan makanan.