Top Menu

Pelajar UPSI Terjatuh Akibat Bisikan Misteri

ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.

TANJUNG MALIM – Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.

Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.

Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.

Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.

“Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.
 
sumber