- Isu orang atau parti tertentu mendoakan secara beramai-ramai agar individu tertentu pecah perut dan mendapat pembalasan setimpalnya dari Allah bukanlah satu perkara asing di negara kita.
- Walau bagaimanapun hal ini tidak pernah lagi dibawa ke mahkamah untuk diadili oleh hakim mahkamah sivil. Orang yang didoakan di negara kita masih belum sampai peringkat menyaman mereka yang mendoakannya agar dilaknat dan dihukum oleh Tuhan.
- Namun di Dallas, kes seperti ini telah dibawa keperingkat mahkamah di mana orang yang didoakan tidak berpuas hati dan mahu mahkamah menghukum mereka yang mendoakan pada Tuhan agar menghukum atau berbuat sesuatu padanya.
- Apakah keputusan Hakim?
- Keputusannya adalah tidak salah dari segi undang-undang untuk seseorang mendoakan orang lain agar dia dihukum atau diseksa oleh Tuhan.
- Ini selagi tidak ada lansung bukti yang nyata bahawa orang yang mendoakan itu terlibat secara fizikal untuk melakukan sesuatu yang tidak patut kepada orang yang didoakannya.
- Jadi jika anda tak puas hati pada orang lain, janganlah apa-apakan dia secara fizikal, cukuplah sekadar mendoakan agar Tuhan membalasnya dengan sesuatu yang setimpal dengan apa yang telah dia lakukan.
- Tetapi ingat!, memaafkan adalah jauh lebih baik untuk anda.
- Baca sumbernya di sini
salahkah mendoakan agar Allah menghukum seseorang ?
Labels:
agama