Top Menu

Siti Nurhaliza Berduet Dengan Sami Yusuf

siti-nurhaliza-duet-sami-yusuf
Pada 14 Julai depan, Sami Yusuf bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia. ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ itu dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production Sdn Bhd akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sami Yusuf yang menerima jolokan ‘Islam’s Biggest Rockstar’  itu juga akan melancarkan album keempatnya, ‘Salaam’ di mana salah satu daripada 18 buah lagu yang terkandung dalam album tersebut merupakan lagu duet Sami bersama penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza – You Came To Me.
‘You Came To Me’ menampilkan gabungan lirik Inggeris, Bahasa Melayu dan Arab. Bagi mereka yang ingin mendengar lagu duet Sami dan Siti, jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Konsert Salaam Sami Yusuf’ yang akan berlangsung 14 Julai nanti di Stadium Malawati, Shah Alam. Info tiket akan diberitahu kelak oleh pihak penganjur. 


p/s : memang hensem la Sami Yusuf ni. Mesti ramai awek minat ni. 
sumber