Top Menu

Nayati Shamelin Moodliar Sudah Dijumpai


 Nayati Shamelin Moodliar
Nayati Shamelin Moodliar, seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda berusia 12 tahun diculik sekumpulan dua lelaki di hadapan sebuah sekolah di Mont Kiara, lima hari lalu telah dijumpai dengan selamat. Menurut maklumat Nayati dijumpai pada pukul 7.30 pagi tadi di Rawang. 


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Nayati Moodliar yang berada di hadapan sekolah berkenaan dilaporkan tiba-tiba ditarik seorang daripada suspek masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen 2 berwarna hitam dan nombor pendaftaran WNH 1356. 

Nayati Shamelin Moodliar telah selamat pulang kepangkuan keluarga 
Kejadian itu disaksikan seorang pengawal keselamatan sebelum memaklumkan keluarga mangsa.

Malah, rakaman CCTV di hadapan sekolah berkenaan turut merakamkan kejadian berkenaan.
Gambar dari Twitter ShamMoodliar
Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, yang dipercayai hilang dan dilarikan dua lelaki tidak dikenali 28 April lalu, ditemui selamat pagi ini dan kini berada di pangkuan keluarganya.

Laporan itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah pagi ini tetapi enggan mengulas lanjut berhubung penemuan itu.

Ku berkata polis akan mengadakan sidang akhbar mengenai penemuan kanak-kanak itu dalam masa terdekat.

Kali terakhir Nayati dilihat di hadapan sekolahnnya di Sekolah Antarabangsa Mout Kiara, dekat sini sebelum dipercayai dilarikan dua lelaki tidak dikenali yang menaiki kereta Proton Gen2 berwarna hitam 
sumber