Top Menu

paru-paru Sharifah Aini dijangkiti kuman


KUALA LUMPUR – Biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini, 59, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah kini dirawat di hospital setelah disyaki menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.
Penyanyi itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara pada 20 Mei lalu setelah dia mengadu tidak sedap badan dan menggigil selepas menjalankan tugasnya sebagai juri tetap Mentor 6 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Rakan baiknya, Khalilah Mohd. Talha memberitahu, selepas Kak Pah berasa kurang sihat, dia terus dibawa ke hospital.
Ketika menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan paru-paru penyanyi itu telah dijangkiti kuman mengakibatkan dia mengalami demam yang teruk.
“Sekarang beliau sedang menjalani rawatan jangkitan kuman dan keadaannya masih terlalu lemah.
“Diharapkan agar orang ramai terutamanya peminat dapat mendoakan kesihatan beliau,” katanya ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas semalam.