Dalam artikel saya semalam bertajuk "20 Tanda Jin Jatuh Cinta Pada Lelaki (Bahagian 1)", saya telah pun kongsikan dengan anda 6 tanda yang menunjukkan seorang lelaki itu telah dicintai oleh jin.
Sekiranya anda merupakan pembaca baru di blog ini, anda boleh membaca artikel tersebut melalui pautan ini. Baiklah, jangan kita buang masa lagi, mari kita sama-sama membaca 6 lagi tanda yang seterusnya.
Ok, tanda yang seterusnya ialah:
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
Baiklah pembaca sekalian, dalam bahagian kedua ini pun saya kongsikan 6 tanda yang menunjukkan seorang lelaki itu telah dicintai oleh jin. Bagaimana dengan anda? Anda ada alami tanda-tanda di atas?
InsyaAllah artikel ini akan tamat dalam bahagian ketiga nanti. Kalau tidak ada halangan esok akan saya tulis sambungannya. Jadi, tunggulah sambungannya nanti.
sumber:gangguanjin.com
Home
» Unlabelled
» antara 20 tanda jin jatuh cinta dengan lelaki