Seorang  bayi lelaki berusia setahun yang menangis akibat kelaparan, bukannya  dipujuk atau diberi susu, sebaliknya ditumbuk dan dihumban ke katil  sehingga terjatuh ke lantai menyebabkan tulang belakangnya cedera.Malah, siasatan turut mendapati bayi malang itu turut didera  berdasarkan keadaan telinga dan kemaluannya yang cedera, selain terdapat  beberapa kesan luka serta melecur di tapak kaki, dipercayai akibat  dicucuh puntung rokok.
Ketua  Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata,  kejadian itu berlaku di Kampung Tunoh, di sini, kira-kira jam 4 pagi,  10 Jun lalu.Menurutnya, sebelum kejadian ayah bayi itu yang berusia 24 tahun  sedang tidur sebelum terjaga apabila terdengar tangisan anaknya yang  mungkin kelaparan.
“Ibu mangsa berusia 20 tahun kemudian bangun daripada tidur dan terus  ke dapur untuk menyediakan susu manakala bayinya ditinggalkan di sisi  suaminya.