Dua pengusaha kedai penjagaan haiwan Petknode didenda RM6,000 atas 30 pertuduhan mengabaikan..
tanggungjawab menjaga makan minum 30 ekor kucing yang ditinggalkan pemiliknya ketika sambutan Aidilfitri tahun lalu. hukuman dijatuhkan terhadap Shahrul Azuwan Adanan, 30, dan Yushairi Khairuddin, 30,selepas mereka mengaku bersalah mengabaikan tanggungjawab menjaga kucing-kucing milik 10 pelanggan hingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan berkenaan.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kedai Petknode Online Pet Store beralamat Nombor F001B, Level 1, Seasons Square Plaza, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai antara 3 September hingga 4 September 2011