Top Menu

dua wanita dibaham beruang

TOKYO:
 Sekumpulan beruang membunuh dua wanita selepas terlepas dari kurungan di sebuah taman haiwan di utara Jepun
Sebilangan haiwan itu dengan jumlah yang tidak diketahui masih berkeliaran....
di taman beruang Hachimantai yang diliputi salji di wilayah Akita, yang menyimpan 38 haiwan, kebanyakannya beruang coklat.

Pada awal malam, enam pemburu tempatan menembak mati enam haiwan berkenaan, semuanya di sekitar pagar taman itu dan menemui dua mayat yang dipercayai pekerja di situ, kata jurucakap polis Akita. Khidmat kecemasan serangan beruang dikerah selepas jam 10 pagi di taman itu yang ditutup kepada pelancong pada musim sejuk.

Daripada tiga pekerja yang berada di situ, seorang lelaki berjaya melarikan diri, tetapi seorang wanita telah dibaham dan seorang lagi hilang.
 petugas kecemasan kemudian menemui dua mayat dan laporan media tempatan menyatakan mereka adalah dua pekerja wanita di situ.
Sumber : metro