Top Menu

lelaki mabuk maut ditikam

Lelaki mabuk mati ditikam, Gara-gara mabuk, seorang lelaki warga Myanmar berusia 20-an maut ditikam di perut selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakan serumahnya di Lorong Sungai Keramat, Taman Kelang Utama, di sini, malam kelmarin,
KLANG: Gara-gara mabuk, seorang lelaki warga Myanmar berusia 20-an maut ditikam di perut selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakan serumahnya di Lorong Sungai Keramat, Taman Kelang Utama, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, warga Myanmar terbabit dijumpai terbaring di tingkat bawah rumah teres dua tingkat dengan kesan tikaman di perut, dipercayai ditikam rakan serumahnya, selepas berlaku perselisihan faham dengan empat rakan serumah yang lain.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.40 malam daripada rakan serumah mangsa yang memaklumkan kejadian itu.


Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa yang sudah meninggal dunia, manakala empat lagi rakan serumahnya sah melarikan diri.


“Siasatan mendapati, mangsa terbabit dalam pertengkaran sehingga menyebabkan pergelutan sesama rakan serumah yang juga warga negara Myanmar.


“Kita percaya kejadian berlaku ketika mangsa dan rakannya di bawah pengaruh alkohol. Mangsa dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam yang belum dikenal pasti,” katanya.


Mohamad Shukor berkata, pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan perumahan itu menemui seorang lelaki, dipercayai rakan serumah mangsa, bersembunyi di dalam sebuah tokong, 100 meter dari tempat kejadian.

sumber:terbaik.my