Jika dilihat petikan awal video ni,  mungkin ramai yang menyagka pertumpahan darah akan berlaku. Di awal  video perompak yang memegang kayu besbol cuba merompak sebuah kedai yang  dimiliki Mohammad sohail seorang islam, kemudian pekedai mengawal  keadaan dengan senjata api miliknya.
Perompak yang ketakutan merayu dan  menangis minta dilepaskan. Mendengar rintihan perompak, pekedai simpati  dan memberikan wang serta roti kepadanya. Kerana kemuliaan hati Mohammad  sohail, perompak terbuka untuk memeluk Islam.
Mungkin akan ada yang mempersoalkan  perompak itu berlakon kerana ketakutan, namun perompak itu boleh  bergerak keluar selepas menerima roti dan wang itu, tapi dia memilih  untuk melafazkan syahadah.
Dari arah mana atau bagaimana datangnya  hidayah itu memang sukar untuk diduga. Bermula sebagai rompakan,  berakhir dengan berjabat tangan.