Top Menu

tragedi gadis dibakar teman lelaki

Pertengkaran sepasang kekasih bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka nyaris maut dibakar dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Segar, Cheras, semalam.

Mangsa berumur lingkungan 20-an, melecur hampir 90 peratus setelah dicederakan teman lelakinya, jam 2 pagi.



Dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.
Difahamkan, teman lelakinya, berumur lingkungan 30-an, juga melecur di tangan dan dirawat di hospital sama.
Sumber polis berkata, kejadian itu disedari jiran setelah mendengar jeritan mangsa.
“Pengadu menghubungi polis dan bomba setelah melihat mangsa terbakar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.