Top Menu

antara 6 petua doa mujarab


1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :

Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman : 

"Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya."

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :

"Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

Selamat Beramal..(^_^)