Seorang perempuan di China dituduh mencuri telefon. Reaksinya luar jangkaan dan mengejutkan. Ia membalingkan bayi yang sedang didukungnya ke tanah lalu memijaknya. Peristiwa itu terjadi di Zhengzhou, Provinsi Henan.
Dailymail melaporkan, insiden mengerikan itu berlaku selepas seorang pelajar sekolah mencabar wanita tersebut dan seorang teman wanitanya, kedua-duanya memegang bayi, setelah pelajar itu diberi tahu sejumlah saksi mata bahawa kedua-dua perempuan tersebut telah mencuri telefon miliknya. Konfrontasi lisan berkembang menjadi konflik fizikal dan polis pun dipanggil.
Gambar hiasan
Selama beberapa saat, anak kecil tersebut ditinggalkan menangis di tengah jalan sebelum wanita itu akhirnya ditarik menjauhkan diri. Kedua perempuan tertuduh itu akhirnya dibawa ke pejabat polis tempatan. Ajaibnya, bayi malang itu tidak terluka.