Seorang kanak-kanak di Xi’an, wilayah Shaanxi, China menderita akibat penyakit ganjil dialaminya, apabila kakinya membesar tanpa had sehingga menyukarkan pergerakannya kerana terlalu berat dan besar.
Lebih menyedihkan, Yu Yu, 3, dipelihara oleh nenek dan datuknya yang serba daif selepas ditinggalkan ibu bapanya.
Datuknya yang enggan dikenali berkata, cucunya itu tidak boleh memakai kasut kerana ketiadaan saiz dan terpaksa dipimpin oleh neneknya setiap kali ingin berjalan ke bandar.
Menurutnya, dia berhasrat menghantar Yu Yu ke Beijing untuk menjalani pembedahan dan berharap orang ramai dapat menghulurkan derma ihsan untuk menampung kos rawatan yang terlalu tinggi itu.
“Kami pernah menghantar Yu Yu ke hospital untuk jalani rawatan, daripada x-ray yang diperoleh, doktor menyatakan tulang kakinya membesar dan melengkung, “ katanya.
Keluarga itu kini terpaksa menjual beberapa ternakan khinzir untuk mengumpul duit bagi pembedahan tersebut.[sumber]