Top Menu

Farid Kamil Cedera Parah teruk Tangga

Farid Kamil Cedera Parah Jatuh Tangga
Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak pada Isnin lalu.
Kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam. Aktor filem Lagenda Budak Setan itu memberitahu, ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak.
“Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.
“Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan.
“Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.
rsd
“Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
“Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja.
“Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya,” katanya.


 sumber