KUALA LUMPUR - Ketika orang lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada bulan Ramadan, terdapat manusia yang tidak takut langsung melakukan perbuatan terkutuk apabila tergamak membuang mayat bayi lelaki ke dalam longkang semalam.
Mayat bayi tersebut ditemui tanpa pakaian di dalam longkang besar sedalam kira-kira tiga meter di kawasan perumahan di Taman Salak Jaya, Cheras di sini oleh seorang lelaki warga emas yang sedang melakukan regangan badan ketika melakukan senaman ringan pada pukul 10.15 pagi.
Dia yang terkejut kemudian bertindak memberitahu jirannya sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, berdasarkan pemerhatian pada mayat bayi tersebut, pihaknya percaya mayat bayi berkenaan di buang ke dalam longkang pada waktu malam.