Top Menu

2 budak dibawa arus mati lemas



JOHOR BHARU — Dua remaja lelaki dikhuatiri mati lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di pantai Air Papan, dekat Mersing, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd. Nor Rasid berkata, Mohamad Hafis Jamuladin dan Muhamad Azhari Suranto, kedua-duanya berumur 17 tahun, yang berasal dari kampung Rahmat 1, Batu Pahat dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 pagi.
Mereka tiba untuk berkelah di pantai terbabit pagi ini dengan rombongan bas yang disertai 40 anggota Persatuan Kompang Sinar Perkasa, Kampung Rahmat, katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejurus polis dimaklumkan mengenai kejadian terbabit sehingga petang ini masih belum menemui kedua-dua remaja itu.— BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1230&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2GXeTcG9o 
Hakcipta terpelihara