Siapa yang tidak tahu dan tidak pernah merasa keenakkan MSG dalam makanan mereka. Jenama MSG yang terkenal dewasa ini tidak lain tidak bukan adalah Ajinomoto. Rupanya seperti serbuk berkaca yang berwarna putih dan berfungsi sebagai penyedap bagi sesebuah makanan.
Mekar yakin hampir semua orang pernah merasakan “kesedapan” yang terdapat dalam Ajinomoto ini. Tidak lengkap rasanya jika dapur surirumah kita tidak menyimpan 1 paket kecil Ajinomoto. Malah mekar pasti sangat bahawa restoran-restoran dan hotel-hotel juga menjadikan bahan ini sebagai penambah perisa yang “wajib” ada untuk melariskan hidangan.
Monosodium Glutamat atau MSG telah berkembang menjadi salah satu zat aditif makanan yang paling popular di seluruh dunia. Selain MSG, ada penyedap rasa lain yang digunakan oleh industri makanan seperti disodium inosinat (IMP) dan disodium guanilat (GMP). Tetapi MSG-lah yang paling disukai orang kerana ia lebih murah dan keefektifannya dalam menguatkan rasa. Penggunaan MSG kadang-kadang “tersembunyi” di sebalik label makanan dengan nama yang berbeza. Jika anda melihat “perisa semulajadi”, “asid sitrik” dan “rempah-rempah” dalam label makanan, itu tidak bermakna di dalamnya tiada kandungan MSG.
Hah… jangan tak tahu bahawa makanan yang ditinkan, pelbagai jenis sos, makanan jepun, salad dressing, perencah-perencah masakan dan banyak lagi makanan yang diproses mengandungi MSG.
Berikut antara kesan-kesan akibat penggunaan MSG pada kadar Tinggi
a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
Disebabkan mekar kerap makan di luar, ada restoran-restoran tertentu mekar akan pesan kepada tukang masaknya agar tidak memasukkan MSG dalam menu yang di order. (kurang la sikit msg dalam badan aku ni).
Meskipun tiada larangan yang ketat terhadap penggunaan bahan ini daripada berleluasa, ada baiknya kita sebagai pengguna harus berhati-hati. Kesedaran kita semua untuk menangani permasalahan kesihatan ini amat penting utk dilakukan. Untuk permulaan, ia harus bermula di rumah. Kaum ibu terutamanya apabila memasak untuk ahli keluarganya, sebaik-baiknya kurangkan atau elakkan terus penggunaan MSG dalam masakan mereka. Gantikan dengan bahan semula jadi contohnya bawang putih dan rempah-rempah asli yang mekar pasti rasanya lebih nikmat.
Buktinya kalau kita lihat rancangan masakan di televisyen, rasanya tak pernah Chef Wan, Chef ismail, Chef Liza (sekadar menyebut beberapa nama) mengesyorkan kita menggunakan MSG dalam masakan yang mereka sajikan. Ini menunjukkan penggunaan MSG bukanlah satu kewajipan. Sebaliknya hidangan yang lazat adalah bergantung kepada kemahiran dan kekreatifan seseorang itu mengolah resipi sendiri.
Oleh itu, kepada sesiapa yang suka memasak, percayalah pada kelebihan air tangan anda. Kerana andalah yang bertanggungjawab ke atas kesihatan ahli keluarga tersayang