Top Menu

himpunan hijau diganggu oleh bunga api semasa berikrar


Peserta hijau bukannya dibayar malah diganggu oleh pihak lain dengan memasang bunga api yang menggangu ketika peserta hijau sedang berikrar. 
Kata muhyiddin pula, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

pada mulanya, jumlah peserta kurang pada siang hari kerana hujan lebat, namun pada pukul 6.30 rasanya, peserta sudah membanjiri seluruh stadium. 


ustaz azhar mendapat sambutan yang sangat gemuruh semasa hendak memberi ucapan, kemungkinan besar peserta dari terengganu dan kelantan adalah ramai.



Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.



Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang.



PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa seramai 100,000 orang. - Malaysia Kini