Top Menu

kisah benar batu bergerak sendiri

Beberapa batu besar ditemui saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) telah ke padang pasir Taman Negara Death Valley.
Racetrack playa adalah tasik yang kering bermusim terletak dia bahagian utara ,Panamint Mountains di Death Valley National Park, California, U.S.A.  Ketika hujan lebat, curahan air akan turun dari gunung terdekat masuk ke Playa dan membentuk sebuah danau dangkal. Di sini beberapa fenomena batu bergerak dengan sendirinya dikatakan telah berlaku.



Ketika lumpur itu mengering, ia mulai mengerut dan memecah membentuk mosaik-mosaik yang indah. Ketika ini batu ini dikatakan bergerak dengan sendirinya. Tempat ni memang terkenal dengan misteri batu bergerak di permukaan tasik. Batu racetrack ni bergerak sekali dalam 2 atau 3 tahun. Kebanyakkan kesan batu bergerak ni tahan 3 hingga 4 tahun. Permukaan tasik akan menjadi kering dan merekah pada musim kemarau. Menjadi lumpur ketika musim ujan dan basah. Batu-batu dolomite yang terpecah dari tebing bergerak dengan sendirinya berjalan melintasi permukaan danau yang kering. Batu-batu itu meninggalkan jejak yang terlihat dengan jelas diatas permukaan tanah, satu-satunya bukti yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar bergerak.