Top Menu

Ayah Pin Diserang Angin Ahmar

AYAH PIN

AYAH PIN LUMPUH KENA ANGIN AHMAR| Kawasan perkampungan ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Mohamad di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu dilihat kembali aktif.
Malah, penduduk setempat mendakwa, rumah penduduk di ‘perkampungan langit’ itu semakin bertambah tiga kali ganda daripada 50 buah sepuluh tahun lalu kepada 150 buah kini.
Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, ajaran sesat kerajaan langit disyaki masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.
Kampung itu juga kini dikawal rapi sekumpulan belia, dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.mereka ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya.

TEMPAT BARING
Gambar di atas menunjukkan kepada tempat pembaringan ayah pin ketua kerajaan langit ketika berurut

Sementara itu, Ayah Pin turut dilaporkan hilang ‘kesaktian’ selepas diserang angin ahmar sebulan dan lumpuh sebelah badan, sehingga percakapannya tidak difahami ekoran mulutnya sedikit herot.
Bagi mengubati penyakit itu, difahamkan Ayah Pin berulang alik dari tempat tinggalnya di Batu 13 ke Bachok untuk berurut dengan lelaki bernama Wan Abdullah Wan Musa atau Pok Him.
Difahamkan, sebelum diserang angin ahmar, Ayah Pin sempat berkahwin dengan seorang isteri muda berusia 18 tahun bagi menggantikan isteri pertamanya yang meninggal dunia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan ajaran sesat itu tidak menular kepada pengikut baru terutama golongan muda yang semakin ramai mendiami di kampung tersebut. Mereka akan mengambil tindakan jika mendapati ajaran sesat itu dihidupkan.
sumber

<<JANGAN LUPA KLIK BUTTON LIKE DI BAWAH..TQ>>