Pelakon terkenal, Abby Abadi mengesahkan bahawa kemunculannya dalam siri ceramah di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang anjuran parti PAS beberapa hari lalu bukan bermakna dia menyertai parti pembangkang itu.
Abby meluahkan rasa kecewa dengan pihak yang menyebarkan berita yang tidak benar dan khabar angin kononnya dia akan menyertai parti itu tidak lama lagi.
Abby melalui akaun Twitternya menafikan perkara itu, sebaliknya menjelaskan dia telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai perubahan yang berlaku kepada dirinya untuk menjadi lebih baik.