Top Menu

lelaki menjerit kerana dadah pecah dalam perut

Dadah Pecah Dalam Perut Di Melaka  | Penduduk di sini dikejutkan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh seorang warga asing yang tiba-tiba bertindak agresif di khalayak awam tanpa sebarang sebab munasabah. Semuanya bermula selepas dia ditahan dan di bawa ke hospitalselepas pihak berkuasa mendapati dia telah menelan kapsulyang mengandungi dadah dan ia telah pecah di dalam perutnya.
Gambar Sekadar Hiasan
Drama yang berlangsung selama lima jam itu bermula pada pukul 10 malam Selasa apabila seorang warga Nigeria yang merupakan pelajar di sebuah universiti di sini, tiba-tiba bertindak agresif di Taman Melaka Baru.
Dia dilihat menjerit dan melemparkan kata-kata kesat kepada orang ramai yang berada di Pusat Dagangan Melaka Antarabangsa (MITC), di Ayer Keroh hingga pukul 3 pagi.
Sekumpulan anggota polis, yang memerhatikannya sejak awalmengambil keputusan untuk menahan apabila dia mula membuat kecoh.
Mereka kemudiannya membawanya ke Hospital Melaka apabila dia terjatuh dan koma. Doktor yang merawatnya menemui 30 kapsul yang dipercayai mengandungi dadah dalam perut lelaki tersebut. Difahamkan pihak polis turut menemui 27 kapsul daripada lelaki berkenaan.