Top Menu

bayi yang dilahirkan tanpa darah


Assalamualaikum. pagi tadi saya terbaca sebuah artikel di laman web myinfi101 yang menarik perhatian saya. biasanya kita dengar bayi dilahirkan tidak menangis. tapi yang ini berbeza. Jadi Asyraf rasa ia bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains dan bagi semua masyarakat perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, namun saya bagi pihak trisanin berasa pelik apabila didapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain.
Oliver Morgan ketika dilahirkan, dikatakan bahawa doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa. macam mane lah perasan mak dia masa itu kan?
Tapi Alhamdulillah, Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya.
Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.
Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.
“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver. *hah! tadi trisanin dah cakap. mak dia pasti 'ARGHHH!! anakku..' tapi sebaliknya. mak dia seorang yang tabah bukan?
“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.
“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.
setakat ini. kat malaysia ni pernah berlaku tak bende-bende macam ni?. walaubagaimanapun.. kita berharap tiada kejadian seperti ini di tempat tinggal kita.. aminnn..