Top Menu

pabila Al-Fatihah lawan Tok Bomoh


Hello malaysia! Assalamualaikum.. as you might able see the pic, that what we call Tok Bomoh kan. Rakyat malaysia memang terkenal dengan selebriti di atas nie..

Trisanin setuju jika ada pihak yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu sering meletakkan ‘tok bomoh’ sebagai tempat rujukan utama apabila berlaku sesuatu musibah. Tidak kurang juga yang mengharapkan pihak berkuasa, polis, bomba, doktor dan sebagainya tanpa terlebih dahulu meminta bantuan secara terus dari Yang Maha Esa.. sedangkan Allah is Almighty !
Musibah ini termasuklah sakit demam, sakit tua, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit kepala, sakit mata, kemalangan, kecederaan, kehilangan harta benda, hilang basikal, hilang motosikal, hilang kereta, hilang accesory kereta, hilang duit, kelaparan, dahaga, haus, kesunyian, serta seribu satu masalah lagi dalam hidup kita. Semua itu adalah musibah. Ada juga yang jenis guna selebriti di atas ni untuk khianat orang lain.. ish2
Oleh itu, apabila ditimpa sebarang musibah, sebelum berkejar ke mana-mana, baca dahulu surah Al-Fatihah dengan penuh keyakinan. Sebelum itu, mestilah faham maksud Al-Fatihah itu secara keseluruhannya, barulah bermakna.. kesimpulannya ialah.. jangan lah pergi buat appoinment dengan selebriti dia atas.. tiada gunalah.. balik rumah ambik wuduk , mengaji,solat hajat, buat tahlil, selalu jemaah, dan always berdoa pada Allah S.W.T..
Wallahu a’lam