Top Menu

nasihat rasulullah mengenai hutang


  • Adakah sesiapa di antara pembaca yang bebas daripada belenggu hutang?, jika anda termasuk daripada golongan yang lansung tidak ada berhutang maka anda adalah seorang wira yang saya kagum.

  • Orang yang tiada berhutang dalam zaman ini adalah seumpama dengan orang yang tiada kesan parut, sesuatu yang amat sukar dicari. Kita berhutang kad kredit, personal loan, beli kereta dan beli rumah di mana 2 perkara terakhir tersebut membelenggu kehidupan kita sehingga tua.    
     

  • Kerajaan kita juga saban tahun semakin rancak berhutang, walaupun Gabenor Bank Negara kata hutang kita masih ditahap yang boleh diterima namun itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita terus berhutang.


  • Mari kita lihat apa nasihat Rasullullah pada kita terhadap hutang ini 
    • اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري
    • Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari”
  • Marilah kita tanam azam untuk membebaskan diri kita daripada belenggu hutang dengan memohon kepada Allah sepertimana doa Rasulullah di atas.
    • "Ya Allah, lindungilah aku daripada melakukan dosa dan lindungilah aku dari berhutang."
  • Moga hidup bebas hutang menjadi salah satu matlamat hidup kita selepas ini.
  • wartashubhi.blogspot.com