WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah replika ular prasejarah raksaksa sepanjang sebuah bas sekolah dipamerkan kepada orang ramai di sini semalam.
Titanoboa ialah ular prasejarah terbesar di dunia dengan memiliki panjang sekitar 16 meterReptilia pemangsa itu dipamerkan di Muzium Nasional Sejarah Semulajadi bersama haiwan bertulang belakang lain hingga Januari 2013.
Fosil Titanoboa pertama kali ditemui di sebuah lombong arang batu di Colombia pada 2004."Ular ini ini menjadi bukti betapa ajaibnya alam semula jadi," kata seorang saintis yang turut membantu membuat penemuan tersebut, Carlos Jaramillo.
Menurutnya, ular itu memiliki berat lebih 1,000 kilogram.Ia ditemui berhampiran beberapa fosil pokok, penyu gergasi sebesar meja makan dan haiwan lain yang dipercayai berusia lebih 60 juta tahun dahulu iaitu era selepas kewujudan dinosaur. - AGENSI
Titanoboa atau Boa Titan adalah genus ular yang hidup sekitar 60 hingga 58 juta tahun yang lalu pada tempoh Paleosen. Satu-satunya spesies dalam genus ini yang diketahui adalah Titanoboa cerrejonensis, ular purba terbesar yang pernah ditemui sampai saat tulisan ini dibuat [2012]. Para Ilmuwan menganggarkan T. cerrejonensis mempunyai panjang 13 m dengan massa lebih dari 1.100 kg, dan mempunyai lebar 1 meter. Fosil 28 T. cerrejonensis ditemui di lombong batu bara Cerrejón di Colombia utara tahun 2009. gambaran: