Top Menu

Masjid Bersejarah Zaman Usmaniah Turki Dibakar

Salah satu masjid bersejarah di wilayah Siprus milik Turki terbakar akibat serangan sekumpulan pemuda Greece.
Mehr News (18/4) melaporkan, masjid bersejarah Köprülü Haci Ibrahim Aga di bandar pelabuhan Limassol, Siprus, dibakar oleh para pemuda ekstrem Greece. Pelbagai peninggalan bersejarah dalam masjid tersebut dan juga tingkap-tingkap ukiran masjid terbakar. Masjid tersebut dibakar pada tarikh 13 April lalu.
Darwish Araoglu, Presiden Wilayah Turki Siprus menyatakan tindakan pembakaran masjid itu dan mengatakan, “Kerugian yang dialami dari tindakan tersebut sangat jauh dari nilai-nilai kemanusiaan dan juga menunjukkan bahawa pihak Yunani tidak menghendaki toleransi terhadap tempat-tempat ibadat dan juga tidak mengakui hak-hak umat Islam.
Para pemuda Yunani di Siprus menyiram petrol dan membakar masjid lama era Kerajaan Usmaniah. Kerugian yang disebabkan oleh tindakan pembakaran tersebut sangat besar.
Akhirnya lenyaplah dan rosaklah peninggalan bersejarah era Kerajaan Usmaniah yang merupakan peninggalan sejarah terkenal di Siprus.
Yang lebih menghairankan lagi, pihak polis Siprus tidak ingin mengambil tahu tuntutan warga Muslim Siprus atas tindakan pembakaran tersebut. Tiada penyiasatan mahupun penangkapan, dan polis hanya menyatakan bahawa tindakan tersebut dilakukan oleh segelintir penganggur.sumber