Top Menu

pemain bola sepak yang paling dibenci


Siapakah pemain bola yang paling dibenci didunia? Tidak sukar mencari jawapannya. Lihat saja di twitter.com iaitu, #FootballersIHate. Sehinggakan semalam, ianya menghasilkan nama-nama teratas sebagai pemain bola yang paling dibenci. Mereka adalah Luis Suarez, Sergio Busquets, Lee Hughes dan Marlon King.

Kenapa Luis Suarez? Inilah masalahnya bila kelab seperti Manchester United memiliki peminat yang ramai. Kebencian mereka terhadap Suarez bermula ketika dia melakukan tindakan rasisme terhadap Patrice Evra. 
Spontan, dia dijadikan 'public enemy'. Hukuman digantung 8 perlawanan ternyata tidak membuatkan kebencian mereka reda. Sebaliknya, bak api disimbah minyak, kebencian mereka memuncak ketika Suarez menolak bersalaman dengan Patrice Evra.

Kebencian memang subjektif. Namun, bagus juga ada kewujudan perasaan seperti ini. Sekurang-kurangnya, para pemain bola boleh menjaga tindak tanduknya dipadang atau selepas bermain bola. 
 sumber