Top Menu

detik cemas linda rafar terperangkap dalam lif


Linda Rafar Terperangkap Dalam Lif Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Nasibnya kurang baik pada tengahari itu apabila dia dan anak ketiganya, Syed Rezzaqiib, 4, yang ingin turun ke aras bawah selepas menghantar dua anak lelakinya iaitu Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain ‘bowling’ terperangkap dalam lif kira-kira 10 minit.



Detik Cemas Linda Rafar Dalam Lif
“Selepas menghantar anak saya bermain ‘bowling’ di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur.
“Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas,” katanya kepada media.
Tambah mencemaskan, kata Linda apabila lampu lif tersebut terpadam dan ia membuatkan mereka lebih panik. Dalam pada itu, Linda juga sedia maklum bahawa anaknya tampak lemah kerana kesukaran bernafas.
“Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap ini berkata yang lif berkenaan memang sering bermasalah dan ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya.
“Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu. “Baru saya faham bagaimana rasanya apabila terperangkap dalam lif. Bila kawan-kawan saya melalui pengalaman begitu sehingga rasa trauma untuk masuk lif, saya sering menganggap ia satu benda yang remeh.
“Namun, apabila saya merasainya sendiri, barulah saya faham, ia mampu membuatkan kita cemas dan tak tentu arah. Mujurlah ada beberapa orang lagi yang terperangkap, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir cara untuk menyelamatkan diri,” ujar Linda dipetik sebagai berkata.

 sumber