Diceritakan oleh satu sumber, selepas tentera rejim Basyar melepaskan tembakan kepada orang awam untuk menyuraikan perhimpunan rakyat Syria di kawasan Al-Mazzah di Damsyiq.
Salah seorang tentera upahan rejim Basyar dapat menangkap seorang pemuda Syria dan tentera tersebut memukul pemuda tadi dengan begitu teruk sekali.
Setiap kali tentera rejim tersebut membelasah pemuda tadi, pemuda itu melaungkan “Allahu Akbar” menyebabkan tentera tadi marah dan berkata: “Aku lagi besar!”.
Pemuda tersebut tidak menghiraukan kata-kata tentera tadi dan terus melaungkan “Allahu Akbar”, tetapi tentera tadi tetap berdegil mencabar Allah lalu berkata “Aku lagi besar wahai binatang!!”
Kemudian tentera itu menangkap pemuda tersebut dan menghumbannya ke dalam bas tahanan. Kemudian tentera tadi berdiri di dalam bas tahanan tersebut dengan angkuh dan sombong sambil menongkatkan dagunya di muncung senapangnya.
Dengan tiba-tiba bas yang dinaikinya berhenti secara mengejut dan menyebabkan tentera tadi tertekan senapangnya dan menembak dirinya sendiri.
Peluru senapangnya menembusi dagu tentera Basyar yang angkuh tadi sehingga menembusi kepalanya dan menyebabkan dia mati serta merta.
Lihatlah, Allah akan membalas serta merta mereka yang angkuh dengan Allah. Insya-Allah, pertolongan Allah akan sentiasa bersama rakyat Syria.
sumber