Lee Ah Chai, bapa pemain Lee Chong Wei menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang di sini kelmarin.
Beliau mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri. Ketika itu, dia dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang dia berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran. Namun orang ramai dikatakan lain telah salah sangka dan menganggap dia ingin membunuh dir.
Dia juga berharap, media tidak perlu menghebahkan lagi perkara ini kerana ia adalah masalah keluarga dan boleh diselesaikan oleh keluarga Ah Chai sendiri. Ah Chai juga telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei.
sumber