Seorang penjual pau di Felda Lok Heng terkejut bila beg plastik yang dijumpai bawah meja gerainya dan disangka milik awam rupa-rupanya mengandungi mayat bayi perempuan.
Dalam kejadian Isnin lalu kira-kira jam 9 pagi, Mesdi Tiami, 59, baru sahaja hendak memulakan perniagaannya bila terlihat sebuah beg plastik yang ditutup dengan jaket berada di bawah meja gerainya itu.
dia sangka mungkin ada orang yang nak tumpang letak barang, jadi di biarkan saja. Namun saya hairan kerana hingga jam 2.30 petang, masih belum ada yang mengambil beg plastik tersebut.
dia kemudian tergerak hati melihat isi kandungan beg plastik berwarna hitam itu. Alangkah terkejutnya dia bila terlihat tapak kaki
manusia bersaiz kecil seperti tapak kaki kucing di dalamnya
tambah memilukan bila bayi tidak berdosa itu dimasukkan ke dalam beg plastik dalam keadaan tertonggeng.
dia mengesyaki bayi berkenaan adalah perempuan
dengan berat hampir tiga kilogram itu sudah tidak bernyawa
“Keadaan bayi itu amat menyedihkan. Bukan sahaja dimasukkan dalam keadaan tertonggeng, tali pusatnya juga masih belum dipotong.