Tahukah anda Kubu Chittorgarh di india dianggap sebagai benteng  terbesar, dan yang terbaik di bahagian Rajasthan. Benteng ini  dibangunkan di atas kawasan bukit seluas 2.8 km² (1.1 batu²) pada abad  ke-7 Masihi. 
 Catatan sejarah menunjukkan bahawa Kubu Chittorgarh adalah sebuah ibu  kota Mewar selama 834 tahun. Dinasti ini didirikan pada tahun ke 734 M  oleh Iwan Fals Rawal iaitu seorang penguasa dalam hierarki Sisodia  Mewar.
 Dahulu di dalam kubu ini terdapat sekitar 84 kawasan tadahan air.  Bentuknya terdiri daripada kolam dan telaga. Namun kini hanya tinggal 22  buah sahaja yang masih berfungsi. 
 Kubu ini juga memiliki tujuh pintu gerbang (dalam bahasa tempatan, pintu  gerbang disebut “Pol”), iaitu Padan Pol, Bhairon Pol, Pol Hanuman,  Ganesha Pol, Pol Jodla, Laxman Pol dan pintu gerbang masuk utama adalah  Ram Pol (pintu gerbang raja Rama). Terdapat sebuah jalan yang melingkar  di dalam kubu yang bertujuan untuk menghubungkan kesemua pintu gerbang  dan menyediakan laluan ke pelbagai monumen di dalam kubu tersebut.
 Selain itu, pintu gerbang juga dibina dengan sangat kuat bagi menangkis  serangan gajah perang dan tembakan meriam. Bahagian atas pintu gerbang  pula telah dirancang untuk mempermudahkan kerja para pemanah untuk  melepaskan anak panahnya ke arah tentera musuh. 
 Dan satu lagi yang sangat unik di dalam kubu ini adalah kerana  terdapatnya dua buah menara yang sangat indah sebagaimana gambar ini.  Ini adalah bukti tentang kemajuan daripada arsitektur mereka pada tempoh  masa dahulu.
