Top Menu

kerana kaki dia, yuna dikutuk di instagram

gambar kaki yuna

Nampaknya, ada beberapa pihak yang tidak menyenangi dengan perlakuan dan tingkah laku penyanyi terkenal, Yuna. Yuna sering kali dilihat memuat naik gambar-gambarnya di profil Instagram miliknya tidak kiralah di mana sahaja dia berada.
Tetapi, dalam kegembiraan Yuna ingin berkongsi pengalaman kerjanya bersama-sama peminat, dia pula dikutuk kerana tindakan yang boleh dikira tidaklah keterlaluan.

gambar kaki yuna

Kenapa dikutuk? Semuanya kerana gadis dan juga kekasih hati kepada Qi Razali itu telah memuat naik gambar kakinya ketika dalam perjalanan ke Chicago, USA untuk memenuhi ‘tour’ persembahannya.
Menerusi laporan dari Rotikaya.com, peminat-peminat Yuna mempersoalkan kredibiliti Yuna sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan imej bertudung, tetapi telah mendedahkan aurat kakinya. Bagaimanapun, Yuna telah pun memadamkan komen-komen negatif yang diterimanya di profil tersebut.


Read more: sumber