KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 1992 memaparkan bangkai buaya yang didakwa Bujang Senang yang ditembak di Sungai Pelaban, Batang Lupar, Sri Aman. |
Masih ingatkah korang pada Bujang Senang? Seekor buaya legenda yang pernah mengganas dan menggemparkan penduduk Sarawak sekitar 1980-an dan 1990-an di sungai batang lupar, Sri Aman.
Mungkin peristiwa itu makin dilupai oleh semua orang, tetapi seorang pawang buaya terkenal,
Indet Sanabong, 49, dari Betong membuat pendedahan yang mengejutkan. beliau mendakwa bahawa Bujang Senang masih hidup dan pernah melihat kelibat buaya sepanjang hampir enam meter tersebut pada Ogos 2004.
"Saya percaya Bujang Senang masih hidup berdasarkan ciri-ciri yang ada pada buaya yang saya lihat," katanya.
Dakwanya lagi, buaya tersebut mengaku dirinya Bujang Senang selepas dia berdialog secara batin dengan reptilia itu.