Top Menu

Beckham adalah nama yahudi jangan pakai ketika solat

Akibat terlalu meminatinya tanpa disedari bahawa kita membawa bersama-sama nama yahudi ketika solat.

Tak salah meminatinya, tapi kecenderungannya untuk menonjolkan imej yahudi harus diambil berat. Ini kerana di satu pihak kita menyanjunginya, namun di satu pihak yang lain pula saudara seagama kita di bumi Palestin terus diinjak-injak oleh bangsa yahudi ini.

Beliau ialah David Robert Joseph Beckham atau David Beckham yang berketurunan yahudi di sebelah datuknya.

Walaupun tidak menganut agama Judais, Beckham dilihat cuba menaikkan imej keyahudiannya. Sebagai contoh anak beliau yang pertama Brooklyn Joseph Beckham. Brooklyn adalah satu penempatan terbesar yahudi di NY.

Dalam autobiografinya juga dia mengaku sering menghadiri majlis keagamaan Judais. Semasa kecilnya dia sering mengenakan kippah atau ketayap kecil seperti mana yang dipakai oleh orang yahudi. Anak-anaknya turut dihantar di pusat penjagaan kanak-kanak di kuil yahudi, Los Angeles.