Top Menu

ken livingstone bersumpah jadikan london pusat bandar islam

Datuk Bandar London dariParti BuruhKen Livingstone,bersumpah untukmengubah bandar Londonmenjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidikrakyat London tentang keyakinan Islam.

"Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak NabiMuhammad," kataLivingstone dalam ucapannya di MasjidFinsbury Park yang dipetikdaripada The Daily Telegraph  pada Isnin19/03/2012 lalu.

Livingstone juga berjanji untuk "mendidik warga Londontentang Islam.

Kenyataan Livingstone dilakukan di depan jamaah solat Jumaat di Masjid London Tengah Utaraatau yangjuga dikenali sebagai Masjid Finsbury Parkyang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Britain.

Livingstonesalah satu ahli politik Britain yang menyinar dan popularIa terpilih menjadi Datuk Bandar London pada tahun 2000 dan kemudian terpilih kembali pada tahun 2004.

Dia selama ini dikenal luas sokongannya terhadap kaum minoriti Islam dalam menentang kempenIslamofobia.

Selepas tahun 2008ia kehilangan kedudukan Datuk Bandar kerana kalah dengan lawannya dari PartiKonservatif Boris Johnson pada tahun 2008yang terkenal kerana menyentuh etnik kaum minoriti.

Livingstone pada ketika ini secara luas disokong oleh para pengundi Islam di Britain.

Ia telah melibatka diri di acara-acara umat Islam seperti IslamExpo, yang menarik puluhan ribu orang setiaptahun.

Dia pernah mendapat serangan sengit dari kubu sayap kanan pada tahun 2004 kerana mengundangSyaikh Yusuf Al-Qaradhawi, presiden persatuan ulama Muslim antarabangsadalam sebuah undanganpersidangan pro-hijab.