Top Menu

Faktor pelajar cepat mengantuk dalam kelas


RAMAI pelajar apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada tidak sampai 10 minit berada depan buku, mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.
Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara mengatasinya. 
1. Tidak cukup tidur. Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi.

Jika ini masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

Jika anda tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’.


2. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.


3. Makan terlalu banyak. Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan ba�nyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuat�kan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji.


4. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan, tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah.

Anda beriadah untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran.

Ada pelajar keletihan disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan sehingga memenatkan badan.

Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk di waktu malam.


5. Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba fikirkan sejenak antara minat dengan belajar, manakah yang wujud dulu?

Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tidak minat sejarah?

Minat timbul apabila anda lihat dalam diri ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.


Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

Lihat seimbas semua muka surat yang anda baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran menyeluruh.